Bagi tujuan tersebut, pelbagai inisiatif strategik akan terus dirangka untuk dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti akademik dan pengantarabangsaan di UMPSA. Antaranya, JHEAA UMPSA bersama-sama MTUN yang lain telah membangunkan kerangka strategik program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dinamakan sebagai MTUN TVET Termaju 2030.
Melalui MTUN TVET Termaju 2030 ini, UMPSA berdasarkan bidang tujahan Chemical & Automotive akan saling melengkapi MTUN yang lain bagi memperkasakan agenda TVET negara. Terdapat lima (5) strategi yang telah dirangka khususnya bagi meningkatkan enrolmen pelajar aliran TVET di UMPSA pada tahun 2030 iaitu:
Inisiatif 1 - Kemasukan Pelajar ke Program TVET
Inisiatif 2 - Pengajaran dan Pembelajaran @ TVET
Inisiatif 3 - Pembangunan Karakteristik Pelajar TVET
Inisiatif 4 - Sijil Profesional
Inisiatif 5 - Fasiliti TVET
Inisiatif 6 - Ekosistem Penyelidikan TVET
Inisiatif 7 - Tenaga Kerja TVET
Saya yakin dengan kerjasama semua, UMPSA akan terus kekal sebagai pusat pendidikan unggul dan peneraju dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dapat memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat dan negara.
Sekian, terima kasih.