JHEAA Vehicle Booking
Permohonan Tempahan Kenderaan JHEAA
(UNTUK KEGUNAAN BENGKEL, SEMINAR & LAIN-LAIN URUSAN RASMI)
SYARAT-SYARAT AM PENGGUNAAN KENDERAAN RASMI UMPSA
PEMOHON-PEMOHON DIKEHENDAKI MEMBACA SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DENGAN TELITI SEBELUM MENGEMUKAKAN PERMOHONAN :
1) Staf yang dibenarkan memandu hanya mempunyai lesen yang sah. Staf perlu memastikan semua peraturan jalan raya dipatuhi dan sebarang kesalahan trafik sepanjang tarikh penggunaan dibiayai sepenuhnya oleh pemohon.
2) Sekiranya berlaku kemalangan, pemohon tersebut perlu membuat laporan di Balai Polis berhampiran dan pengurusan JHEAA. Sebarang kerosakan berpunca dari kecuaian adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon tersebut.
3) Pemohon tidak dibenarkan membuat perjalanan selain dari yang tercatat di borang permohonan.
4) Penumpang kenderaan hanya dibenarkan kepada staf, pelajar dan tetamu Universiti sahaja.
5) Pengambilan/pemulangan kenderaan bertempat di lokasi yang telah ditetapkan. Kenderaan hanya boleh bermalam di lokasi berkenaan atau di dalam kawasan UMPSA sahaja.
6) Kenderaan hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, selamat dipandu dan minyak berbaki sekurangnya setengah tangki.
7) Buku log hendaklah dicatat setiap kali kenderaan digunakan.
8) Pemohon hendaklah mengambil/menyerah kunci dan buku log kenderaan kepada Pegawai yang menjaga kenderaan secepat mungkin selepas kenderaan selesai digunakan.