Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari portal Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA) UMPSA.

JHEAA bertanggungjawab memastikan hala tuju akademik dan antarabangsa UMPSA adalah selari dengan aspirasi pihak pengurusan universiti dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi melengkapi ekosistem dalam menghasilkan tenaga sumber manusia yang dapat memenuhi keperluan industri dan komuniti.

Bagi tujuan tersebut, pelbagai inisiatif strategik akan terus dirangka untuk dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti akademik dan pengantarabangsaan di UMPSA. Antaranya, JHEAA UMPSA bersama-sama MTUN yang lain telah membangunkan kerangka strategik program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dinamakan sebagai MTUN TVET Termaju 2030.

Melalui MTUN TVET Termaju 2030 ini, UMPSA berdasarkan bidang tujahan Chemical & Automotive akan saling melengkapi MTUN yang lain bagi memperkasakan agenda TVET negara. Terdapat lima (5) strategi yang telah dirangka khususnya bagi meningkatkan enrolmen pelajar aliran TVET di UMPSA pada tahun 2030 iaitu:

Strategi 1 - Perluasan akses kemasukan pelajar
Strategi 2 - Kerjasama Strategik MTUN
Strategi 3 - Program Fleksibel
Strategi 4 - Perluasan kampus
Strategi 5 - Penjanaan pendidikan TVET

Sebagai menyokong pembangunan akademik UMPSA ke arah 2030 selari dengan MTUN TVET Termaju 2030, terdapat beberapa inisiatif penting yang perlu diberi tumpuan dalam agenda TVET UMPSA “Ekosistem TVET UMPSA”, iaitu:

Inisiatif 1 - Kemasukan Pelajar ke Program TVET
Inisiatif 2 - Pengajaran dan Pembelajaran @ TVET
Inisiatif 3 - Pembangunan Karakteristik Pelajar TVET
Inisiatif 4 - Sijil Profesional
Inisiatif 5 - Fasiliti TVET
Inisiatif 6 - Ekosistem Penyelidikan TVET
Inisiatif 7 - Tenaga Kerja TVET

Saya yakin dengan kerjasama semua, UMPSA akan terus kekal sebagai pusat pendidikan unggul dan peneraju dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dapat memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat dan negara.

Sekian, terima kasih.

Academic Program

International Dual Degree Program
TVET
SPPT
SPPT

Be our student

Call us : +609-4245450